Kelebihan Susu Kambing

Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus serta sifatnya yang menyah asid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastrik.

Mencegah Alahan
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susu kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit birit dan alah kepada susu lembu dan susu tepung.

Bersifat Alkali
Susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ia tidak menjana asid dalam darah atau usus. Ia bertindak meneutralkan asid dalam badan. Kandungan asid yang berlebihan dalam badan menyebabkan sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Mengandungi Asid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid kaprik dan kaprilik) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkat tenaga manusia.

Tidak Membetuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tidak menimbulkan alahan kepada manusia.

Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ia melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya daripada membiak.

Kaya Dengan Bioorganik Sodium
Susu Kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganik Sodium yang tinggi. Bioorganik Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati dapat megurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Kebaikan Untuk Kesihatan
Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organisma yang merbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal. Susu kambing juga mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat symptom penyakit lelah, eczema, colic, insomnia, dan demam kuning. Kandugan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah diabetes (kencing manis) dan ia juga mengandungi faktor anti barah.

SUMBER

<<Back